Assalamualaikum..
Dah dua hari, aku bad mood, susah hati, sedih, menangis dan macam2. Dan perkara tu berlanjutan semasa aku di sekolah. Time tengah belajar pon, aku terfikirkan dia, susah hati, rasa nak nangis.
Setiap hari aku ternanti2 mesej dr dia tapi dia tak ternanti-nantikan pun.
Setiap hari aku menangis sebab dia, tapi dia? aku yakin tak.
Setiap hari aku terfikir akan dia, dia? Aku rasa tidak. Dia ingat aku pun time sunyi.
Ya Allah, pedihnya hati aku time baca dia ckp mcm tu.
Aku nak buka pon, rasa berdebar. Aku takut nak baca answer dia.
Adakah aku syok sendiri?
Aku suruh dia solat istikharah, tp smpi skrng dia tak solat lagi.
Tak nampak langsung dia berusaha bukan?
Kat sekolah, time belajar, aku terfikirkan dia.
Aku bad mood, susah hati semunya. Sebab dia. Kawan2 aku terkena tempisnya juga.
Aku tak tahu nak luah pada sesiapa. Tengahari td, aku pergi tandas. Menangis sepuas-puasnya.
Aku yakin, perasaan dia terhadap aku dah tak ada.
Biarlah aku mengalah. Biarlah aku benarkan dia pergi dari sisiku walau hati aku ni berat nak tinggalkan dia.
Aku rasa nak patahkan sim aje. Tp susah! Aku mls nak buat number baru. Mls nk bg tahu number bru aku dan mcm2 lg.
Aku rasa tanak ada phone, sebab mesti aku akn lbih teringat pada dia. kenangan aku dgn dia.
Susah nk lpe bukan? Aku rasa aku dah macam orng gila !
Macam mana dgn lawatan aku ke indon nnt? Terjejas ke? aku kesian kat kwn2 aku. Tak pasal2 dorng kne tempiasnya. Tapi hati aku rasa berdebar, susah hati. teringat dia selalu. Adakah itu petunjuk buat aku bahawa dia adalah jodohku. Aku menangis macam orng gila. Aku nk menagis pun mcm air mata dh tk blh keluar. macam dh tak larat Muak !
Aku nk dia berada di sisi aku. Tu je aku minta. Tu je. Kalau blh, aku rasa aku nak sgt mati skrng! Biarlah lenyap terus aku, baru dia puas hati kn? Aku rasa aku mcm gila bayang pd dia.
Macam orng syok sndiri. Macam hidung tak mancung, pipi tersorong2. Macam perigi mencr timba.
Aku wanita yang ada maruah. Kalau dia tanak pada aku, knp perlu aku terkinja2 nak pd dia?
Selamat tinggal kekasihku.
Wslm.




0 Bagi surat cinta pada Milya:
Post a Comment