link href='http://dl8.glitter-graphics.net/pub/1008/1008838wybxuht5da.gif' rel='shortcut icon' type='image/x-icon'/>

Kembali..

Assalamualaikum..

Dah lama aku tak post. Sebab apa? sebab kesedihan aku terlalu merudum. Down sgt !
Tp now dah ok. Sebab apa. nnt aku ceritakan. Bukan sebab aku down je tp sebab aku ke indonesia. Student exchange.

Mood aku dah normal macam sedia kala. Sebabnya, aku dngan dia dh kembali. Kembali bersama. Ya, aku nk dengan dia bersama balik tp aku takut. Aku takut ex gf dia buat sumthing dkt aku atau apa shj. Aku juga takut kalau dia kembali bersama balik dengan ex dia.

Aku ada sebab kenapa aku taknak bagi dia "rapat" dengan kwn perempuan dia. Salah satunya jeles. Semua orang jeles. Termasuk aku. Aku tahu perempuan tak layak untuk cemburu. Tapi aku hanya manusia biasa. Tahan selama mana pon, akan bocor juga, terlepas juga.

Antara sebab lain, aku takut bila dia kwn dengan perempuan lain, dia akn jumpa perempuan yang lebih segalanya dr aku. Lebih smpurna dr aku. See, mmg dh terjadi apa yang aku tkutkan. Kalau skali dia dh jatuh, tak mustahil bukan dia akn jatuh buat kali kedua, ketiga dn seterusnya? Bukan aku tak percya tapi aku takut. Mungkin orng akn kata yang aku ni mengongkong. Silakan. Ckplah apa shj. Aku ade sbb!

Sebab apa aku takut dia rapat dengan ex-2 dia? Sebab mereka pernah kapel, pernah bercinta. Tak mustahil kenangan mereka akn diingat balik. Kenapa aku jeles juga kalau dia rapat dengan kwn perempuan dia padahal dh kapel? Sebab, kalau dia pon kapel ngan aku blh berubah hti. orng lain pon blh juga kan?

Kenapa aku jles dengan kwn inggeris perempuan dia? Sebab aku perempuan! Perasaan takut itu ada! Orng melayu kapel dengn orng cina tak mnjd masalah skrng ni, wahai kekasihku.

Kekasihku, Aku tak pernah mngharapkan kesempurnaan dr mu.
Cuma aku minta setialah pada aku, jujurlah padaku, terimalah aku seadanya.
Kita saling memerlukan. Wanita dn lelaki saling memerlukan. Sy perlukan awk untk jaga sy, lindungi sy bukan utk awk mainkan perasaan sy atau apa shj.

aku suka sgt baca blog ni. lagi2 enrty ni :-

wslm..

Terima kasih sudi membaca kisah cinta saya. Lika laa. ;]

Menangis lagi..

Assalamualaikum..

Dah dua hari, aku bad mood, susah hati, sedih, menangis dan macam2. Dan perkara tu berlanjutan semasa aku di sekolah. Time tengah belajar pon, aku terfikirkan dia, susah hati, rasa nak nangis.

Setiap hari aku ternanti2 mesej dr dia tapi dia tak ternanti-nantikan pun.
Setiap hari aku menangis sebab dia, tapi dia? aku yakin tak.
Setiap hari aku terfikir akan dia, dia? Aku rasa tidak. Dia ingat aku pun time sunyi.
Ya Allah, pedihnya hati aku time baca dia ckp mcm tu.
Aku nak buka pon, rasa berdebar. Aku takut nak baca answer dia.

Adakah aku syok sendiri?
Aku suruh dia solat istikharah, tp smpi skrng dia tak solat lagi.
Tak nampak langsung dia berusaha bukan?

Kat sekolah, time belajar, aku terfikirkan dia.
Aku bad mood, susah hati semunya. Sebab dia. Kawan2 aku terkena tempisnya juga.
Aku tak tahu nak luah pada sesiapa. Tengahari td, aku pergi tandas. Menangis sepuas-puasnya.
Aku yakin, perasaan dia terhadap aku dah tak ada. 

Biarlah aku mengalah. Biarlah aku benarkan dia pergi dari sisiku walau hati aku ni berat nak tinggalkan dia.
Aku rasa nak patahkan sim aje. Tp susah! Aku mls nak buat number baru. Mls nk bg tahu number bru aku dan mcm2 lg.

Aku rasa tanak ada phone, sebab mesti aku akn lbih teringat pada dia. kenangan aku dgn dia.
Susah nk lpe bukan? Aku rasa aku dah macam orng gila !
Macam mana dgn lawatan aku ke indon nnt? Terjejas ke? aku kesian kat kwn2 aku. Tak pasal2 dorng kne tempiasnya. Tapi hati aku rasa berdebar, susah hati. teringat dia selalu. Adakah itu petunjuk buat aku bahawa dia adalah jodohku. Aku menangis macam orng gila. Aku nk menagis pun mcm air mata dh tk blh keluar. macam dh tak larat Muak ! 

Aku nk dia berada di sisi aku. Tu je aku minta. Tu je. Kalau blh, aku rasa aku nak sgt mati skrng! Biarlah lenyap terus aku, baru dia puas hati kn? Aku rasa aku mcm gila bayang pd dia.
Macam orng syok sndiri. Macam hidung tak mancung, pipi tersorong2. Macam perigi mencr timba.

Aku wanita yang ada maruah. Kalau dia tanak pada aku, knp perlu aku terkinja2 nak pd dia?

Selamat tinggal kekasihku.

Wslm.



Terima kasih sudi membaca kisah cinta saya. Lika laa. ;]

Putus..

Assalamualaikum..

Tadi aku mesej dengan dia tanyakan keputusan dia..
Tapi sebelum dia bagi tahu keputusan, dia minta 2 syarat..
Yang pertama, kurangkan cemburu aku. Aku akan cuba.
Yang kedua, benarkan dia tengok fb aku lagi satu. Ini lagi aku blh penuhi sebab aku tak ada apa2 rahsia pun.

Kata orang, berani kerana benar.
Dia pun kata beri dia masa. And i give him.
5 minit kemudian. dia balas "kita putus"

Then, aku balas ok. Tenang je nmpkkan? But dalam hati, gila punya tersentak! Nak nangis tapi time tu aku dekat kedai. Takkan aku nak nangis sekeliling orang kott! Maruah aku.

Dia juga balas, agar kami jadi kawan. Aku balas tanak! Sebab nanti aku akn rindu dia. Macam-macam lah!
Dia pun tanya aku tahu tak sebab apa dia minta putus. Then, aku ckp tanak sebab aku takutkan jawapannya.

Dia balas dengan penuh tersirat. Then, i ask him apa yg dia maksudkan. Dia jawab seolah-olah aku ni menipu sesuatu! Apa yang aku tipu? Aku tak pernah tipu pun! Ya pernah, tapi itu dulu dan ada sebab kenapa. Kenapa dia tuduh aku? Kenapa dia tak tanya aku dulu? Ya Allah!

Tolong aku~ T.T

Wslm..

Terima kasih sudi membaca kisah cinta saya. Lika laa. ;]

Kisah kami telah berakhir..


Assalamualaikum..

Sebelum aku start entry aku pada hari ni, aku nak bagi tahu korang yang aku sudah delete entry2 lama aku. tukar link blog. Sebab apa? Aku pun tak tahu..

Hari ni aku nak cerita kisah cinta aku yang dah berakhir. Bukan bermakna aku minta putus. Tapi dia. Awalnya, dia kata sebab dia selalu tulis ayat2 cinta dekat wall fb aku dan nanti apa kata sanak saudara dia? Firstly, aku tak suruh dia buat ayat2 cinta pada aku pun.

Aku redha. Lama 2,3 hari tu dia mesej kata nak kapel balik. Aku rasa macam dia main-mainkan aku je. Siapa tak bengang oit? Aku taknak. Aku kata kalau nak kapel balik minta dengan adik angkat aku. Di sudut hati aku, aku nak sangat kapel dengan dia balik tapi aku nak tengok kesungguhan dia.

Hari ahad lepas, aku tak datang sekolah sebab pergi buat passport. Sebelum tu, aku dah fikir masak-masak sampai hangus tau ! Haha. Aku fikir aku nak bagi dia peluang. Tapi bila aku balik dari buat passport tu, dia ada hantar mesej. Dia kata kita jadi kawan jelah. Then aku balas lah yang aku baru nak bagi dia peluang. Terus dia balas, tak apalah. Jadi kawan je. Aku balas. Aku taknak kawan dengan dia dan aku terima yang dia nak putus dengan aku jugak. Dia kata dia ada pengganti. Ya Allah, macam luruh jantung aku dengar. Aku nangis sepanjang hari tu. Tak keluar bilik langsung. Dari sudut hati aku tak percaya sangat sebab aku kenal dia. Aku kenal dia bukan sehari dua tapi lebih dari setahun.

Cuba korang bayangkan. Aku dah rancang macam2 nak buat dengan dia lepas dia PMR. Aku rancang nk bagi hadiah birthday pada dia. Lagu berjudul lelaki seperti aku dari aliff satar yang dinyanyi oleh shila amzah, gadis seperti aku. Aku nak tuju lagu tu pada dia sebab walaupun ramai lelaki yang nakkan aku, aku tetap nak dia. Aku tetap setia pada dia. Aku bukanlah jenis pandai berkata-kata. Aku lebih suka luahkan perasaan aku melalui lagu. Bukan maksud aku, aku ni berlagak ramai nakkan aku.

Aku suruh dia bagi tahu betul ke dia ada perempuan lain. Jujur. Last-last dia kata, tak ada! Then, kita orang dah macam berbaik sikitlah. 2,3 mesej.. dia kata dia tak boleh nak teruskan hubungan ni. Dia kata sebab dia rasa dia tak layak untuk aku. Sesungguhnya, aku tak pilih yang terlalu sempurna. Aku pun rasa yang aku tak layak utk dia tp aku fkir, semua orang tak sempurna! termasuklah aku, termasuklah dia.

Lama sikit, dia kata dia nak solat istikharah dulu. Aku pun taktahu resultnya. Tapi hari tu, aku terdetik nak bukak fb aku. Lagi pun dah lama aku tak buka lap. Busy kott ! Aku buka wall dia. Ya Allah, aku taktahu nak kata apa. Jeles? Maybe ! Tapi aku tak ada sebab untuk jeles. Aku diam kan je. Pagi tadi, aku terbangun dlm pukul 4.50 pagi. Lepas aku bangun tu, aku terus terfikir pasal dia. Hati aku meronta-ronta nak buka lap. #Ceh ayat aku ! Then aku ikutkan hati aku.. Time nak buka lap and tengah tunggu tu, debar tak terkata !

Aku terus buka wall dia.. Nak pengsan.. Jeles..

A: Atok, i'm really miss u !

Ya Allah, nak nangis tapi aku tahan. Aku tahu, aku boleh hidup tanpa dia. Kalau dia boleh dpt pengganti aku, aku juga boleh dpt ! Tapi aku taknak. Bagi aku, cukup dia sorang. Tapi dia tak pernah nak hargai cinta aku.

Semalam, anniversary kami yang ke 1 tahun 1 bulan. Adakah dia ingat? Hmm,

Bagai perigi mecari timbakah aku?
Ketahuilah kekasihku, aku bukanlah seorang wanita yang bisa meluahkan kata-kata cinta dengan mulut.
Ketahuilah kekasihku, aku wanita yang harus menjaga maruahku.
Ketahuilah kekasihku, aku wanita yang setia pada yang satu. Tiada yang kedua.

Wslm..

Terima kasih sudi membaca kisah cinta saya. Lika laa. ;]